Razis Ismail – Sandiwara Cinta (Repvblik)
Ghazali Ismail (lahir 1 Julai 1960), atau lebih dikenali sebagai Razis Ismail, adalah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia pada sekitar era 80an. Lagu-lagu beliau sering kerap kali diputarkan di corong-corong radio Malaysia sekitar era 80an. Berasal dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Suara beliau yang lunak dan muka beliau yang kacak sering menjadi pujaan gadis-gadis ketika zaman kegemilangan beliau. Selain menyanyi, beliau juga menceburi dalam bidang lakonan iaitu filem Mawar Merah dan beliau hanyalah sebagai seorang pelakon pembantu.
Related Videos
Aweera – Romancinta (Mojo)
Azian Mazwan dilahirkan pada 30 September 1975 di Batu Buruk, Terengganu kepada pasangan Sapuwan Sakim dan Maznah Mohamed. Beliau merupakan kakak sulung kepada Azlan Mazwan dan Azrin Mazwan. Beliau kemudiannya bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, Terengganu di mana beliau mendapat pangkat dua dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan Perakaunan. Di sana juga, beliau bertemu dengan bakal suami beliau, Mohd Ahra Zubir, yang merupakan senior yang bakal dikahwini beliau pada tahun 1994.
There are no comments yet.