gtag('config', 'G-ENFW5GHMZC');

Edy J. Herwan – Bertukar kidal Selepas Tengok Idola

by Adminpublished on January 27, 2022

MAMY GEAR merupakan sebuah rancangan bual santai bersama gitaris-gitaris tempatan dan antarabangsa tentang gitar dan ‘perkakas’ yang mereka gunakan, cerita di sebalik band dan lagu-lagu yang mereka hasilkan serta bagaimana mereka mencari ‘bunyi’ sendiri. Untuk episod kali ini, kami bersama seorang figura penting yang dikenali sebagai salah seorang perintis muzik Oi! di Malaysia bersama A.C.A.B, membawa muzik ska hingga ke peringkat komersial bersama Gerhana Skacinta, memperkenalkan subgenre dirty reggae dengan The Aggrobeats dan baru-baru ini mengeluarkan album solo pertama beliau, Patah Hati yang bernuansa dark soul. Edy J. berkongsi tentang gitar, perkakas-perkakas yang biasa digunakan dan stail permainan yang dibawa ke dalam setiap band dan projek yang disertainya.

Be the first to comment “Edy J. Herwan – Bertukar kidal Selepas Tengok Idola”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

There are no comments yet.