Umnaa

UMNAA Tak Kisah Digelar Nissa Sabyan Versi Malaysia?
“Hayyul Hadi” Tidak Mengecewakan
Namanya mungkin masih belum dikenali ramai, namun lantunan qasidah dan
selawat yang dibaitkan pasti memberi kesan kepada pendengar untuk terus
mengenali si pelantun dengan lebih rapat.
Ketika industri muzik terus dibanjiri dengan pelbagai muka baharu, ia bukan menjadi
halangan kepada UMNAA atau nama pemilik sebenar nama Ummi Nabilah ini untuk
turut menapak mempertaruhkan bakat suara yang dimiliki.
Memperkenalkan diri sebagai artis wanita pop islamik, penyanyi muda berusia 23
tahun ini mengakui amat meminati lagu berunsur irama Melayu. Namun, beliau
percaya bahawa rezeki dan bakatnya adalah dalam genre ini setelah meletakkan
sepenuh kepercayaan kepada pengurusan di bawah label Soofi Studio.
Terbaharu, anak muda yang masih menuntut dalam Ijazah Sarjana Muda
pengkhususan Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini tidak
mengecewakan pendengar menerusi cover keduanya yang berjudul Hayyul Hadi.
Bahkan anak kelahiran Teluk Panglima Garang, Selangor ini sendiri akui terkejut
dengan respons yang diterima.
“Respons cover baru ini amat memuaskan. Ada yang minta saya untuk meneruskan
lagu berkonsepkan begini.”
“Pada saya, pilihan lagu ala-ala qasidah dan selawat yang cuba diketengahkan ini
sesuai dengan peredaran masa. Saya melihat semakin ramai oang suka lagu islamik
pop begini. Lagu kali ini memang nak ajak orang ramai untuk berselawat dan
berzikir, mana tahu pendengar terbuka hati nak dengar lebih banyak lagu saya
selepas ini. Harap lagu ini dapat hits daripada Ya Tarim,” ujarnya.
Terdahulu, pada Ogos 2021, UMNAA tampil memperdengarkan qasidah Ya Tarim
sebagai lagu pengenalan dirinya. Tidak dijangka, penampilan sulungnya tersebut
telah mendapat komen yang amat memberangsangkan dalam kalangan pendengar.

Apa Kata Pendengar ?
Aas Ansari
Zabardast voice. So beautiful nabi Muhammad saw. Love from India.
Σŋʑo Rʌı
Your voice is very good. The song is very difficult to understand. I am watching it.
DAMIAHUSNA MAHADZIR
Such a beautiful voice. Keep spreading the beautiful of Islam through your beautifull
voice! InshaaAllah.
Bayangan Nissa Sabyan?
Figura bernama Nissa Sabyan bukanlah nama yang asing bagi peminat lagu
berkonsepkan pop islamik dan religi. Sengaja mengusik UMNAA mengenai
kehadirannya yang seakan-akan penyanyi seberang tersebut, beliau ketawa kecil.
“Sebenarnya artis idola saya ialah Nissa Sabyan. Walaupun kita ada dengar cerita
kurang baik tentangnya tapi kebaikan lain yang dilakukan tak dapat dilupakan. Pada
saya, dia (Nissa) banyak menyumbang lagu ala-ala selawat yang menyebabkan
masyarakat atau pendengar sekarang nak dengar selawat.”
“Jika ada yang mengatakan saya seperti dia, itu satu pencapaian untuk saya sebab
dia (Nissa) memang idola saya. Tapi biarlah pendengar atau peminat tetap
mengenali saya sebagai UMNAA.”
Kami mendoakan semoga kehadiran UMNAA bukan sahaja membawa persaingan
dan kepelbagaian muzik yang sihat dalam industri. Sebaliknya menjadi pencetus
kebangkitan dan kehadiran lebih ramai lagi penyanyi wanita berkonsepkan pop
Islamik memandangkan genre ini dilihat agak suram dan ketiadaan muka baharu di
Malaysia.
Video rasmi Hayyul Hadi yang dilancar pada 5 November lalu boleh ditonton di
saluran YouTube Soofi Studio dan di semua platform digital.
Ikuti perkembangan UMNAA menerusi platform Instagram: @_umnaaa, Tiktok:
_umnaaa dan YouTube: Umnaa

Follow Artist
en_USEnglish