Rabbani

KUMPULAN RABBANI telah ditubuhkan pada 1 March 1997. Rabbani
bermaksud “Yang Arif dan yang Soleh” atau tafsiran secara umumnya
ialah ‘ingin mengajak diri, keluarga dan masyarakat kepada kebaikan’. Dianggotai oleh 9 orang anak muda. Suatu penampilan yang
melibatkan ahli yang ramai. Kerana ingin membawa suatu kelainan
dari segi penampilan, imej dan persembahan. Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama
yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian
diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang
terkini. Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja. Disamping itu ditampilkan dengan adunan
muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah. Dan kini Rabbani muncul pula
dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan
disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya. Ini adalah untuk menjadikan
irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa
mengira had bangsa dan negara. ANUGERAH INDSUTRI MUZIK (AIM)

  1. Album Nasyid Terbaik 2001 – Iqrar – 1421
  2. Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 – Iqrar-1421
  3. Album Terbaik 2001 – Iqrar-1421
  4. Album Nasyid Terbaik 2002 – Intifada
  5. Album Nasyid Terbaik 2003 – Qiblat
    ANUGERAH BINTANG POPULAR – BERITA HARIAN
  6. Penyanyi Nasyid Popular 2001
  7. Penyanyi Nasyid Popular 2002
  8. Penyanyi Nasyid Popular 2003
  9. Penyanyi Nasyid Popular 2004
  10. Penyanyi Nasyid Popular 2005
  11. Penyanyi Nasyid Popular 2006
    ANUGERAH ERA
  12. Lagu Nasyid Pilihan 2001 – Intifada
  13. Lagu Nasyid Pilihan 2006 – Nawaitu
    ANUGERAH CARTA NASYID IKIM.FM
  14. Juara ACNI 2004 – Handzalah
  15. Naib Juara ACNI 2005 – Yalla Beena
  16. Vokal Terbaik ACNI 2005 – Yalla Beena
    ANUGERAH NASYID MINGGU INI
  17. Naib Juara 2004 – Yalla Beena
  18. Persembahan Terbaik 2006
  19. Penyanyi Solo Terbaik 2006
    ANUGERAH KHAS
  20. Anugerah Pencapaian Seni Terbaik 2006 (Kategori Penyanyi Berkumpulan) – Persatuan Penyanyi-Pemuzik-
    Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA)
  21. Anugerah Artis Paling Sporting – Mulut Laser Mesra Sokmo Cit Cat 7 Terengganu
  22. Anugerah Persembahan Terbaik – Mulut Laser Mesra Sokmo Cit Cat 7
Follow Artist
en_USEnglish