Berdosa

Berdosa adalah sebuah kugiran beranggota 3 ahli yang memainkan music bergenre,psychedelic rock berat berasal dari Kuala Lumpur,Malaysia. Berdosa dianggotai oleh Ravi Shankar di posisi dram, Ezekiel Mavani di posisi bass dan Afiq Iskandar di posisi vokal dan gitar yang diadunkan dengan bunyian fuzz secukup rasa. Bunyi mereka melakarkan gambaran yang tidak berfungsi di antara kemesraan alternative 90-an dan band-band stoner fuzz kontemporari. Pengaruh band-band seperti Deftones, Windhand, Chevelle, Weedeater, Mastodon, Black Sabbath, Tool, Meshuggah dan Elektrik Wizard juga dapat dikesan di sesi latihan mereka. Sebagai sebuah unit sonik, mereka cuba melebarkan sempadan aspek penulisan “stoner rock” yang selesa dengan menyertakan tuning drop C yang bertona kasar, samples, gendangan etnik dan juga intrumen-intstrumen klasikal yang bertali sambil mengekalkan rima tertindas sludge, solo-solo menyelang masa disertakan reverb pada alunan vokal. Aspek lirik pula banyak dipengaruhi cabaran-cabaran kontradiksi sosial, paradoks moral dan amalan autotarian yang menjadi lazim di Malaysia kini, maka terwujudlah Berdosa.

Tundergun, single pertama Berdosa telah direkodkan di Greenhouse Studio, Kuala Lumpur dan dimix dan master oleh jurutera residen mereka, Tom. Pada 18 September 2018, Berdosa telah meriliskan musik video sulung mereka bertajuk “Philosophers”. Video tersebut dilancarkan bagi mempromosikan EP mereka, “Smells like Tree Spirit” yang telah dilancarkan pada 20 September 2018. Berdosa pernah berpeluang untuk membuka tirai dan menyokong banyak band lokal juga antarabangsa yang berkarya di arena underground seperti Naratu, Massacre Conspiracy, band noise Scandinavia, MoE dan Raja Kapor yang berasal dari Indonesia. Pendekatan halus dalam persembahan live Berdosa adalah bertujuan untuk memadamkan sempadan yang memisahkan underground dan mainstream secara tidak langsung menjanjikan penonton dan peminat sebuah pengalaman katartik yang sangat unik.

Follow Artist
en_USEnglish