U.K’s atau dahulunya Ukays adalah sebuah kumpulan pop rock cukup popular dan cukup meledak di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei sekitar awal 1990-an. Bagi meraikan penglibatan U. K’s lebih daripada 25 tahun di dalam industri rakaman dan muzik tanah air, Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun ini telah dicetuskan Mac Training Centre Sdn Bhd bersama RCD Concepts Sdn Bhd.
Konsert ini juga bertujuan untuk memberi penghormatan kepada Saari Amri yang telah banyak menaikkan nama U. K’s menerusi lagu-lagu ciptaannya yang cukup menyengat serta menghargai peminat-peminat tegar di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei yang telah banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seni muzik kumpulan ini.

Tempoh: 2 jam 15 minit (45 minit setiap episod)