Bio

KUMPULAN RABBANI telah ditubuhkan pada 1 March 1997. Rabbani bermaksud “Yang Arif dan yang Soleh” atau tafsiran secara umumnya ialah ‘ingin mengajak diri, keluarga dan masyarakat kepada kebaikan’. Dianggotai oleh 9 orang anak muda. Suatu penampilan yang melibatkan ahli yang ramai. Kerana ingin membawa suatu kelainan dari segi penampilan, imej dan persembahan. Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini. Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja. Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah. Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya. Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara. ANUGERAH INDSUTRI MUZIK (AIM)

Title: Episode 6 - Rabbani

Duration: 16 minute(s)

Language: B. Malaysia