Bio

UMNAA Tak Kisah Digelar Nissa Sabyan Versi Malaysia? “Hayyul Hadi” Tidak Mengecewakan Namanya mungkin masih belum dikenali ramai, namun lantunan qasidah dan selawat yang dibaitkan pasti memberi kesan kepada pendengar untuk terus mengenali si pelantun dengan lebih rapat. Ketika industri muzik terus dibanjiri dengan pelbagai muka baharu, ia bukan menjadi halangan kepada UMNAA atau nama pemilik sebenar nama Ummi Nabilah ini untuk turut menapak mempertaruhkan bakat suara yang dimiliki. Memperkenalkan diri sebagai artis wanita pop islamik, penyanyi muda berusia 23 tahun ini mengakui amat meminati lagu berunsur irama Melayu. Namun, beliau percaya bahawa rezeki dan bakatnya adalah dalam genre ini setelah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pengurusan di bawah label Soofi Studio. Terbaharu, anak muda yang masih menuntut dalam Ijazah Sarjana Muda pengkhususan Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini tidak mengecewakan pendengar menerusi cover keduanya yang berjudul Hayyul Hadi. Bahkan anak kelahiran Teluk Panglim

Title: Episode 3 - UMNAA

Duration: 14 minute(s)

Language: B. Malaysia